Monday 3 October 2011

SEKITAR PMR 2011

Selasa, 4 Oktober 2011. Hari pertama peperiksaan PMR 2011. Semua guru SMK Seri Intan berada di dewan terbuka sebagai tanda sokongan kepada pelajar tingkatan 3. Tuan pengetua dan YDP PIBG iaitu En Radzali Mohd Noor turut hadir untuk bersama-sama pelajar tingkatan 3. Pelbagai nasihat dan kata-kata amanat serta pesanan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam pada hari pertama ini. Semoga pelajar SMK Seri Intan dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang! Itulah harapan kami, guru-guru SMK Seri Intan. Tidak lupa kepada barisan AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan SMK Seri Intan yang diterajui oleh penyelarasnya iaitu Pn Nik Rabiah Nik Hussin kerana telah pun memastikan peperiksaan ini berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment