Tuesday, 20 September 2011

KURSUS PEMBINAAN BLOG GPM DAERAH KLUANG

Kursus Pembinaan Blog telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Negeri Johor bermula 20 September hingga 22 September. Kursus ini dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Daerah Kluang. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada GPM untuk menghasilkan blog masing-masing. 

Blog berupaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih menarik, mencabar dan terkini. Malah guru dan pelajar boleh menggunakan blog yang dibina untuk mengakses maklumat di mana-mana mereka berada sama ada di sekolah dan di rumah. Perkongsian pengetahuan dan kemahiran dengan rakan sejawat dan pelajar boleh direalisasikan dengan menggunakan blog.

Mudah-mudahan kursus ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran ICT guru-guru dan pelajar-pelajar.


No comments:

Post a Comment