Wednesday, 5 October 2011

CD TERBARU DI PSS

 

MAKLUMAT MENGENAI CD


Tajuk : MYGURU
            CD Interaktif Minda Pintar
            Bahasa Malaysia Menengah Rendah

  1.  MyGuru adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan kandungan bahan dengan grafik 3D, animasi, teks, audio dan video mengikut kesesuaian kurikulum pendidikan Malaysia.
  2. Perisian ini menekankan pendidikan secara didik hibur menerusi pantun, lagu, kuiz dan aktiviti permainan yang menepati objektif pembelajaran.
  3. myGuru meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
  4. myGuru sesuai untuk diguna sebagai bahan pembelajaran diperingkat menengah rendah
CD dikeluarkan dengan kerjasama KPM dan BTP.
Untuk meminjam sila berurusan dengan GPM (Pn Rahayu Hj Ismail) dan Pembantu PSS (Pn Hjh Rohana)

CD TERBARU DI PSS




CD P&P UNTUK GURU BAHASA INGGERIS


Tajuk : Issues In English 2
            Interactive software for ESL, EFL, and secondary school pupils

  • over 800 hours activities
  • 32 video clips
  • 600 interactive exercises
  • learn and test modes
  • voice recording
  • tracking module
  • network license and managemen

Applications
self-access, self-paced and self-directed

Structure
6 main modules:
1. Getting started
2. Listening
3. Vocabulary
4. Grammar
5. Pronunciation
6. Writing

Explore real-world issues:

  • education
  • immigration
  • languages
  • wilderness
  • fame
  • sport
  • technology
  • media
CD dikeluarkan dengan kerjasama KPM dan BTP.
Untuk meminjam sila berurusan dengan GPM (Pn Rahayu Hj Ismail) dan Pembantu PSS (Pn Hjh Rohana)

Monday, 3 October 2011

SEKITAR PMR 2011

Selasa, 4 Oktober 2011. Hari pertama peperiksaan PMR 2011. Semua guru SMK Seri Intan berada di dewan terbuka sebagai tanda sokongan kepada pelajar tingkatan 3. Tuan pengetua dan YDP PIBG iaitu En Radzali Mohd Noor turut hadir untuk bersama-sama pelajar tingkatan 3. Pelbagai nasihat dan kata-kata amanat serta pesanan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam pada hari pertama ini. Semoga pelajar SMK Seri Intan dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang! Itulah harapan kami, guru-guru SMK Seri Intan. Tidak lupa kepada barisan AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan SMK Seri Intan yang diterajui oleh penyelarasnya iaitu Pn Nik Rabiah Nik Hussin kerana telah pun memastikan peperiksaan ini berjalan dengan lancar.

Sunday, 2 October 2011

PROSES MEMINDAHKAN PSS SMKSI DARI BLOK D KE BLOK B

Kerja-kerja memindahkan PSS SMKSI dari blok D di tingkat 4 ke blok B tingkat bawah dijalankan pada akhir tahun 2010 dengan bantuan pelajar-pelajar. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, semuanya selesai sebelum sesanti persekolahan 2011 bermula. Terima kasih kepada semua pelajar, kakitangan sekolah dan pembantu PSS iaitu Hajah Rohana yang telah banyak membantu.

Wednesday, 21 September 2011


PPD KLUANG

PPD Kluang
Tuan Haji A.Manaf bin Ramlee

UCAPAN PPD KLUANG

Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah serta selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w bersempena Pelancaran Blog Pusat Sumber Sekolah 1 Daerah Kluang. Justeru, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih berkesempatan untuk responsif terhadap kesinambungan arus perdana pendidikan negara hari ini dan yang mendatang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak khususnya Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang atas usaha gigih yang ditampilkan. Pastinya pujian wajar diberikan atas inisiatif ini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan perubahan zaman yang telah menjadikan dunia semakin mengecil. Justeru, warga pendidik yang tidak berupaya akses terhadap perkembangan ini pasti merasai kecanggungannya. Kepesatan perkembangan ICT juga telah mendatangkan pelbagai cabaran yang menuntut kebijaksanaan kita untuk menyesuaikannya dengan iklim pengajaran dan pembelajaran yang interaktif sifatnya. Oleh itu, kesediaan para guru untuk mendidik masyarakat supaya celik ICT dan cakna terhadap kemajuan pesat ICT serta implikasi yang terbangkit daripadanya perlu menjadi pioriti.
Saya mengharapkan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini akan berupaya memberi sumbangan dan bertindak sebagai platform dalam usaha kita untuk melonjakkan kemajuan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai warga pendidikan, kita mestilah sentiasa berusaha bukan sahaja untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tetapi turut memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. Ini adalah amanah besar yang perlu kita lunasi.
Harapan saya juga agar semua Guru Perpustakaan & Media akan bersifat aktif, inovatif, kreatif dan berketerampilan demi kelangsungan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini pada masa akan datang. Pemupukan dan penyebaran ilmu harus terus diperkembang dan diperkukuh melalui pengisian ruang dan peluang yang disajikan oleh gerbang siber ini.
Perkongsian maklumat, idea, saranan dan dapatan kajian serta perkongsian pengalaman akan menjadikan kita lebih berilmu dan memartabatkan profesion keguruan yang kita miliki.
Atas kesempatan ini, saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang serta semua pihak yang memberi sumbangan ke arah merealisasikan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini.
Sekian.
“ ICT SINERGI MASYARAKAT BERMAKLUMAT ”

PUSAT SUMBER SEKOLAH


PSS Pemangkin Kecemerlangan

PSS Pemangkin Kecemerlangan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kampus Astro

Kampus Astro 

Kampus Astro

Kampus Astro